Masa Depan Kita

Dekad Baharu Johor

Dalam masa sepuluh tahun akan datang, akan bermulalah era baharu untuk Johor yang akan menyaksikan dekad yang penuh dengan pertumbuhan ekonomi yang agresif dan peningkatan kesejahteraan rakyatnya secara transformatif, melalui Misi yang dikenali sebagai Membangun Dekad Baharu Untuk Johor atau DEKAD BAHARU JOHOR.

YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin | MENTERI BESAR JOHOR | 04 FEB 2018

Asas Kita

Johor kini telah berada di landasan yang membolehkannya melonjak lebih jauh dalam segenap dimensi pembangunannya.



Johor adalah negeri dan wilayah yang sarat dengan potensi.



Johor memerlukan kecerdasan baru atau ‘new bid ideas’.



Kita berada dalam dunia yang telah berubah dek ledakan teknologi dan sains termaju.



Kita memerlukan cerita baru untuk setiap dasawarsa.

Fokus Kita

Prasarana Johor akan dibangunkan pada skala besar-besaran
Perubahan drastik struktur ekonomi Johor dengan berpaksi dan berorientasikan ekonomi masa hadapan
Memantapkan tatakelola kerajaan dan governans yang sesuai dengan keperluan dekad mendatang
Menggandakan usaha besar-besaran untuk memastikan setiap putera-puteri bangsa Johor, dibangunkan pemikiran, bakat dan kemahirannya secara bersepadu
Kelestarian alam sekitar, pemeliharaan budaya dan agama
Kesejahteraan dan keselamatan insan

Cabaran Kita

Ia hanya boleh dilaksanakan oleh kerajaan yang mempunyai mandat yang besar dan kuat dari rakyat.
Kita memerlukan kepimpinan yang teruji dan terbukti
Kita memerlukan sistem yang berteraskan prestasi dan kerja keras
Ia menuntut usaha kolektif semua pihak

Pesanan Untuk Team Johor

Betulkan Niat
Bangunkan Negeri
Belalah Negara
Berilah Nilai
Bawalah Nama