Kisah Kita

Pencapaian Kita 2013 - 2018

Johor bukan sekadar menjadi ekonomi termaju di selatan Malaysia, tetapi menjadi kuasa ekonomi baharu Malaysia dan rantau Asia Tenggara. Johor Berkemajuan tidak akan terjelma tanpa visi dan pelan ekonomi yang radikal. Justeru, mengambil kira kedudukan strategik Johor, pembangunan pesat dan ekonominya, kecekapan prasarana serta pasaran buruh yang dinamik dan berkemahiran, Kuasa Ekonomi Selatan adalah sasaran dan cita-cita yang realistik.

YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin | MENTERI BESAR JOHOR | 04 FEB 2016

Kemajuan Semasa Mengikut Aspirasi Johor Berkemajuan

JOHOR kuasa ekonomi selatan
Keusahawanan JOHOR
Perumahan JOHOR
JOHOR Prihatin
JOHOR Connectivity
JOHOR Islami
JOHOR Berkemahiran
Lain-lain
Johor Kuasa Ekonomi Selatan
Keusahawanan Johor
Perumahan Johor
Johor Prihatin
Johor Connectivity
Johor Islami
Johor Berkemahiran
Lain-lain

Berterusan Mendengar Dan Menyampaikan Keperluan Suara Hati Johor

Tahniah.
Bagusnya
Johor.
Semoga lebih baik dari
semalam. Banyak orang baru,
kita kongsi pengalaman
lalu untuk sama-sama maju
Berusaha
lebih keras
Negeri Johor, syurgaku.
terima kasih Tuanku.
daripada Thiruselvi

Lebih Ramai Kini Memiliki Rumah Cerita Keluarga Encik Zamri

Berhasrat memiliki kediaman yang lebih luas dan selesa buat keluarganya, Encik Zamri sentiasa berusaha menjadikan impiannya satu realiti. Setelah dimaklumkan mengenai pelaksanaan skim Rumah Mampu Milik Johor, Encik Zamri tidak menunggu lama untuk memohon. Kini, beliau dan keluarga telahpun mendiami rumah idaman mereka di dalam persekitaran yang lebih kondusif tanpa dibebani kos pemilikan yang tinggi. Kerajaan Negeri Johor komited dalam mendengar suara hati rakyat Negeri Johor dan menyediakan perumahan mampu milik untuk mereka yang berkelayakan.

Lebih Ramai Graduan Dilahirkan Pengalaman Encik Chong

Dibesarkan dalam keluarga yang serba sederhana, Encik Chong hampir melupakan impiannya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan mengintai peluang untuk berkhidmat dengan kerajaan oleh kerana kesempitan hidup. Namun nasib menyebelahinya kerana beliau bijak memanfaatkan peluang yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Johor menerusi pelbagai bantuan dan pinjaman pendidikan. Sepertimana Encik Chong, kini semakin ramai rakyat Negeri Johor mendapat Manfaat daripada program bantuan ini.

Lebih Ramai Usahawan Diperkasa Kegigihan Puan Zamzarina

Memulakan perusahaan coklatnya secara online dari rumah dan kini memiliki premis beliau sendiri, Puan Zamzarina merupakan seorang usahawan yang sememangnya cekal dan bijak memanfaatkan peluang yang tersedia. Beliau memohon bantuan daripada Kerajaan Negeri Johor bagi mengembangkan lagi perusahaan coklat jenama Cocodamia miliknya yang kini telahpun menembusi pasaran Singapura dan juga Brunei. Dengan bantuan sumbangan mesin-mesin pempropsesan dan juga peralatan-peralatan, kapasiti pengeluaran produknya semakin bertambah bagi menampung permintaan yang semakin meningkat. Sepertimana Puan Zamzarina, ramai usahawan telah mendapat manfaat menerusi pelbagai bantuan ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Johor bagi melonjakkan potensi perusahaan mereka.

Apa Kata Mereka